Syawal kali ini: Keriangan Syawal kali ini cukup bermakna bagiku dan kaum keluarga. Bertemu dengan sanak saudara yang telah lama tidak bertemu menjadi impianku lama dulu. Mak kelihatan sungguh terharu dan gembira. Mee "sarawak" yang dihidang di hari raya menjadi sebutan hebat para tetamu. Waduh, enak sekali, resepi emak menjadi kali ini.
Tika ini: Aku sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan kuliahku sebaik mungkin sebelum kaki ini ke medan juang menamatkan semester 7,pengajianku. Pastinya semester depan kelibatku bakal tidak kunjung tiba di Pasentranku ini dek kerana aku akan menjalani latihan sebagai kaunselor pelatih di UTEM, Melaka bumi tercinta.
Pada semua insan yang mengenaliku: Doakan semoga kita semua sentiasa selalu mendapat Kasih Sayang Allah yang tidak pernah kunjung malap bahkan melimpah ruah..InsyaAllah(",)
"Ya Allah, Mudahanlah bagiku dalam menghadapi setiap kesukaran, kerana sesungguhnya setiap kesukaran itu mudah bagiMu. Dan aku mohon kepadaMu kemudahan serta keselamatan Dunia Akhirat" - Hadis riwayat Thabrani...
Sahabat-sahabatku yang disayangi selalu, teruskan usaha yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan..All The Best!
Thursday, October 22, 2009
Syawal kali ini penuh makna
Posted by halawatulnasirah at 12:45 AM 3 comments
Wednesday, August 26, 2009
Ramadhan KurinduMU
Saat menanti kehadiran Ramadhan,hati ini sering tertanya2 adakah aku telah bersiap -sedia menghadapinya dengan mengharapkan lazatnya ibadah di bulan penuh Barakah dan Rahmat. Berbekalkan latih tubi puasa bulan Rejab dan Syaaban, aku yakini bahawa puasa bukan menjadi halangan buatku untuk tidak sukar menahan lapar dan dahaga.Namun, kebimbangan dan halangan bagiku adalah istiqamah serta mujahadahnya aku dalam melaksanakan ibadah seharianku.
Posted by halawatulnasirah at 8:18 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Majlis Perasmian Feskum '09 satu permulaan Hebat !
Alhamdulillah ku rafa'kan kepada Rabbul Izzati atas limpah kasih sayang Nya, usaha sahabat handai bagi merealisasikan kecemerlangan luar biasa bagi krew Majlis Perasmian Feskum 09 akhirnya berhasil. Perasmian majlis yang telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak darul Ridzuan, RAJA DR. NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH telah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Pengumuman yang dibuat secara mengejut oleh Naib Canselor Um, Prof.Datuk Dr. Gauth Jasmon sebelum pengakhiran majlis berkenaan Raja Muda mengucapkan Tahniah dan mengumumkan bahawa Majlis Perasmian pada kali ini adalah Majlis perasmian yang TERBAIK sepanjang baginda menjadi perasmi bagi Majlis Perasmian Konvokesyen, Feskum 09..Pelukan sahabat2 dan lafaz kesyukuran meniti dibibir masing2..Alhamdulillah.....
Posted by halawatulnasirah at 3:52 AM 0 comments
Monday, July 27, 2009
Kenapa nasi sedap??
Kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumahku dengan kehadiran tetamu yang luar biasa ramainya menjadikan sesuatu perkara yang luar biasa telah berlaku...selepas bacaan yasin, pastinya semua tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.. sbuklah hidang punya lah hidang, tetiba telingaku menangkap suara makcikku "nasi tak cukup, kene masak lg...erm..rupa-rupanya nasi yang kami tanak sudah kehabisan sedangkan ramai lagi tetamu yang masih belum menjamu selera. Yang peliknya, makcik2ku dah tanak banyak kira2 20 kg. masioh tak cukup lagi..lauk masih banyak lagi..jadinya terpaksalah menunggu nasi...next
Posted by halawatulnasirah at 4:04 AM 0 comments
Wednesday, June 24, 2009
Alahai, nasinya yang sedap...
Kesyukuran melangit kupanjatkan pada ilahi dengan limpahan kasih sayang dan cintanya terhadap hamba ciptaannya ini..Kegembiraan khabaran adikku yang berjaya melanjutkan pengajiannya ke UPSI menjadikan hati ini girang sepanjang hari..Senyuman dibibirku tidak pernah lekang tika hari pengumuman ke ipta diumumkan melalui pesanan ringkas telefon bimbit.
Aku gembira dia atas kejayaannya kerana aku memikirkan bahawa hidup manusia ini masing-masing ada caranya begitu dan begini..Rezeki, ajal maut dan jodoh semuanya ditentukan tuhan..dengan usaha dan keyakinan kepadanya,akhirnya keputusan yang terbaik kita perolehi..Adikku hanya insan biasa yang bekerja secara luar biasa, meletakkannya untuk mampu setanding dengan orang lain menjejakkan kaki ke menara gading..Aku kagum dengannya..Semangatnya menjadi pendorong aku untuk terus bertempur dimedanku sendiri..Apa yang kuinginkan adalah jiwa yang senantiasa tenang dalam melaksanakan semua perintahnya tanpa rasa ragu dan bimbang..
Ibu dan ayah insan yang paling cemerlang diwajah mereka..Alhamdulillah, punyai anak yang ramai bukan satu bebanan sekiranya anak-anak tersebut memberikan yang terbaik pada diri mereka sendiri, agama,keluarga dan negara..Pernah ibuku berkongsi rasa dengan kami adik beradik.."ibu tidak ada apa-apa harta yang ingin diberikan kepada anak-anak ibu, namun, ibu hanya mampu bekalkan anak ibu dengan ilmu agar anak ibu mampu miliki harta yang lebih menjamin diri di masa hadapan..belajar lah bersungguh akan ilmu agama dan ilmu keduniaan agar dirimu berasa senang dan bahagia selalu". Aku sayu mendengar pengucapan ibu..Bagiku,jasa ibu dan ayah tiada tandingnya dengan segala harta kebendaan yang aku rencanakan untuk dihadiahkan kepada mereka..Perbelanjaan untuk mereka membesarkan aku dan adik-adik sahaja sudah tidak dapat kuhitung apatahlagi nilai kasih sayang dan segala pengorbanan mereka kepada kami adi-beradik....
Pesanku pada diri sendiri dan adik-adikku yang lain, buatlah yang terbaik kepada diri sendiri, agama dan keluarga terutama soal mengembirakan hati ibubapa selagimana mereka mampu mencelik mata dan berkongsi kegembiraan bersama kita..Jangan biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana menangisi kedegilan dan kenakalan serta kebiadaban kita tetapi biarlah mereka berbahagia melihat kejaan diri kita duniawi dan ukhrawi....bersambung...
Posted by halawatulnasirah at 6:53 AM 0 comments
Thursday, June 18, 2009
BAB 2
Hebatnya setiap yang terjadi pada diri ini.Monologku sendiri tatkala jerihnya kepayahan hidup ini untuk aku lalui sendirian. Aku bersyukur kerana aku punya Allah dan Rasulullah, Islam cara hidupku, keluarga yang sangat bererti bagiku, teman seperjuangan dan insan-insan disekeliling yang sering memberiku kekuatan untuk mengharungi samudera kehidupan yang berliku-liku. Akurku pada takdir yang membawa layaran diri ini pada satu tanggungjawab yang penuh bermakna dan mahal cagaran maharnya di akhirat nanti. Memikul amanah sebagai seorang muslimah bukan omongan kosong tanpa di isi ilmu didada mahupun kecintaan sepenuhnya kepada Rabbulizzati,TUHAN Pencipta Alam ini. Temanku pernah bertanya, apa sumbanganmu pada agama yang amat kau cintai dan sayangi ini???Tambahnya lagi, adakah kau dah rasa semua yang kau lakukan benar-benar kerna Islam yang kau katakan sebagai cara hidupmu???Menitis air mata tatkala aku rasakan diri ini tiada jawapan untuk persoalan itu.. masih banyak kelemahan pada diri ini..aku malu atas segala dosa yang aku lakukan,kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja...kita selalu meminta dan terus meminta kepada Allah supaya beri ini dan itu, namun kita sering terlupa adakah kita melaksanakan apa yang Allah pinta kita laksanakan untukNya?? Kadangkala, untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaannya pada kita pun, kita sering terlupa..Namun, di saat kita sering melupakannya,DIA tidak pernah sekali melupakan kita...Aku jadi kuat disaat aku memikirkan aku perlu jadi Hebat dan kuat Kerana Islam..yakinlah dengan janji-janji Allah..ALLAH pasti akan menunaikan janjinya..bersambung..
Posted by halawatulnasirah at 1:19 AM 0 comments
Friday, April 24, 2009
Bab 1
Desa keriangan sedang sang tupai berkejaran naik turun dari satu pokok kelapa ke satu pokok kelapa yang lain, si anak ayam yang baru sahaja menetas berdecit-decit bunyinya kerap berlindung di bawah sayap ibunya. Si ibu ayam pula,jangan pernah disergah, kelak kita hendak dipatuknya. Fenomena kehidupan yang sangat indah ini menjadikan hati ini sering melonjak-lonjak kerinduan ingin pulang ke desa kelahiranku.Sangat berbeza dengan kehidupan di bandar yang banyak pancarobanya. Namun bukan aku maksudkan tiada langsung keizzahan hidup dibandar ini. Masing-masing punya peranan dan fungsinya tersendiri. Namun bagiku, tempat kaki ini mula menapak dan bertatih jua sering mencuit rindu di kampung halaman. Hidup berdikari di perantauan menjadikan aku sering kental hatinya tatkala himpunan dugaan yang melanda. Mungkin pengalaman lampau banyak mengajar aku bahawa kehidupan ini bukan semudah yang disangka. Apa yang enak kita madahkan tidak semanis lakunya. Teringat aku dengan firman Allah dalam surah Assoff ayat 2 hingga ayat 3,dimana mafhumnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Seringkali hati ini dilukai oleh hunusan pedang dan tujahan panah angkara musuh durjana manusia sang iblis dan kuncu-kuncunya. Pernah jua aku hampir tersungkur dengan perasaan sendiri mungkin kerna aku bukan sehebat Rabiatul Adawiyah yang mencurahkan segala CINTAnya bersama Sang PENCIPTA maha Agong. (Aku sememangnya menginginkan aku punya semangat sebegitu). Lama-kelamaan aku berfikir bahawa ini semua rencah dan rempah ratus hakikat kehidupan. Pastinya setiap manusia punya pelbagai kisah dan pengalaman mereka masing-masing. Paling penting aku harus tentukan mana satu pengalaman terbaik yang perlu diri ini amalkan dan pengajaran mana yang perlu jadikan 'alarm' dalam melalui ranjau kehidupa n penuh liku ini. Indah setiap yang berlaku. Hikmahnya mungkin sebahagiannya masih belum kitemui sekarang, namun ingatlah jihad adalah apabila kita gagal, kita tidak sesekali pernah putus asa, malah lebih tinggi azam dan cita-citanya untuk meneruskan misi yang ingin dicapai.Bersambung..........
Posted by halawatulnasirah at 9:01 AM 1 comments