Desa keriangan sedang sang tupai berkejaran naik turun dari satu pokok kelapa ke satu pokok kelapa yang lain, si anak ayam yang baru sahaja menetas berdecit-decit bunyinya kerap berlindung di bawah sayap ibunya. Si ibu ayam pula,jangan pernah disergah, kelak kita hendak dipatuknya. Fenomena kehidupan yang sangat indah ini menjadikan hati ini sering melonjak-lonjak kerinduan ingin pulang ke desa kelahiranku.Sangat berbeza dengan kehidupan di bandar yang banyak pancarobanya. Namun bukan aku maksudkan tiada langsung keizzahan hidup dibandar ini. Masing-masing punya peranan dan fungsinya tersendiri. Namun bagiku, tempat kaki ini mula menapak dan bertatih jua sering mencuit rindu di kampung halaman. Hidup berdikari di perantauan menjadikan aku sering kental hatinya tatkala himpunan dugaan yang melanda. Mungkin pengalaman lampau banyak mengajar aku bahawa kehidupan ini bukan semudah yang disangka. Apa yang enak kita madahkan tidak semanis lakunya. Teringat aku dengan firman Allah dalam surah Assoff ayat 2 hingga ayat 3,dimana mafhumnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Seringkali hati ini dilukai oleh hunusan pedang dan tujahan panah angkara musuh durjana manusia sang iblis dan kuncu-kuncunya. Pernah jua aku hampir tersungkur dengan perasaan sendiri mungkin kerna aku bukan sehebat Rabiatul Adawiyah yang mencurahkan segala CINTAnya bersama Sang PENCIPTA maha Agong. (Aku sememangnya menginginkan aku punya semangat sebegitu). Lama-kelamaan aku berfikir bahawa ini semua rencah dan rempah ratus hakikat kehidupan. Pastinya setiap manusia punya pelbagai kisah dan pengalaman mereka masing-masing. Paling penting aku harus tentukan mana satu pengalaman terbaik yang perlu diri ini amalkan dan pengajaran mana yang perlu jadikan 'alarm' dalam melalui ranjau kehidupa n penuh liku ini. Indah setiap yang berlaku. Hikmahnya mungkin sebahagiannya masih belum kitemui sekarang, namun ingatlah jihad adalah apabila kita gagal, kita tidak sesekali pernah putus asa, malah lebih tinggi azam dan cita-citanya untuk meneruskan misi yang ingin dicapai.Bersambung..........
Friday, April 24, 2009
Bab 1
Posted by halawatulnasirah at 9:01 AM 1 comments
Monday, March 30, 2009
Kaunselor oh Kaunselor
Salam Perkongsian..
Kenangan 29 mac 2009 membuka lembaran baru bagi bakal seorang kaunselor muda ini. Jemputan menjadi seorang panel untuk Diskusi Kaunseling antara UM dan UPSI bertempat di Dewan Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak bersama dua lagi ahli panel Lechumy dari Um dan saudara Faizen mewakili UPSI membakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang kaunseling. Forum bertajuk "Kaunselor Penjana Revolusi Modal Insan Terbilang" menjadi kupasan kami yang cukup hangat dalam melahirkan bakal-bakal kaunselor yang benar-benar menghayati profesion mereka.
Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini, kenapa kaunselor?? Analoginya begini..Dalam sebuah pelayaran kapal, telah dinaiki doktor, jurutera, angkasawan dan kaunselor di dalamnya. Tiba-tiba kapal tersebut karam. Maka terdamparlah insan-insan hebat ini di sebuah pulau yang tidak berpenghuni . Cuba kita bayangkan siapakah yang dapat tenang dalam menghadapi situasi sebegini dan masih lagi boleh menjalankan kerjayanya?Jika kita lihat doktor, seorang doktor tidak dapat berfungsi tanpa peralatan kedoktorannya, jurutera pula, tidak dapat membina apa-apa tanpa bahan binaan, angkasawan juga tidak dapat berfungsi sebagai angkasawan tanpa pesawat dan peralatan yang serba canggih itu, NAMUN, seorang KAUNSELOR masih lagi mampu menjalankan fungsinya dengan memberikan motivasi pada diri sendiri dan menenangkan insan-insan yang sedang trauma akibat peristiwa kapal karam tersebut.
Nah, apa lagi yang perlu dinafikan berkenaan profesion kaunseling yang banyak memberi kekuatan kepada insan lain kerana itulah tugas dan tanggungjawab mereka. Namun, persoalannya sekarang, berapa ramai kaunselor yang benar-benar memainkan peranan mereka semaksimum itu?Sejauh manakah mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka sangat benar dan tidak sesekali dipandang enting oleh sesiapa pun. Cuma, kadang-kadang fenomena yang berlaku ialah tingkahlaku kaunselor lebih bermasalah daripada orang yang tidak mempunyai ilmu kaunseling dan psikologi. Kaunselorlah yang panas baran, kaunselorlah yang selalu bermasalah dengan orang lain dan sebagainya.
Justeru itu, saya ingin mengajak sahabat-sahabat seperjuangan sekalian terutama pelajar Kaunseling seluruh Malaysia, marilah kita pupuk jiwa sepenuh raga CINTA dan SAYANG pada profesion kerja kita. Membantu orang lain untuk terus mencapai kegemilangan dalam hidup sudah menjadi tanggungjawab kita. Berbahagialah dengan melihat orang lain bahagia('',)
Posted by halawatulnasirah at 9:49 PM 0 comments
Thursday, February 12, 2009
Anggun menurut Che nass
Kita sering menggambarkan cantik,anggun dan menawan itu pada pandangan mata semata-mata. Namun kita sering terlupa bahawa keanggunan dan menariknya seseorang itu terletak pada kesucian hati dan tenang di wajahnya. Semua orang diciptakan dengan keunikan masing-masing. Berbekalkan keunikan tersebut, seseorang itu dapat berkembang dengan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan. Saya yakin dan percaya bahawa individu itu mampu mencipta sejarah masing-masing. Tidak salah apabila kita sering mengangumi kehebatan sejarah orang lain, tetapi dalam masa yang sama kita haruslah sedaya upaya mencari momentum perubahan bagi lakaran sejarah kita sendiri. Berjiwa besar seperti Pak Jenin tiada salahnya sekiranya kita benar-benar berusaha bagi merealisasikan impian kita itu. Oleh itu, hidupkan hari-hari bahagia kita dengan matlamat kecemerlangan bukan putus asa dengan impian lepas yang kecundang. Ingatlah, sentiasa bersangka baik dengan segala yang terjadi pada kita agar buah hasilnya adalah sesuatu yang tidak pernah kita sangkakan tersangatlah menguntungkan sehingga kita mampu menangis kegembiraan atas anugerah tersebut. Itulah bukti makna anggun sebenar..(tips dari bakal kaunselor anda-che Nass)
Posted by halawatulnasirah at 2:21 AM 0 comments
Sunday, December 28, 2008
HIJRAHKAN DAKU
Hijrah?? bersediakah aku untuk berhijrah kali ini?? yeaah, semangatku berkobar-kobar untuk berhijrah dari yang tak baik kepada baik dan yang baik kepada lebih baik..
Posted by halawatulnasirah at 11:55 PM 0 comments
Saturday, November 29, 2008
istiqamahkan daku
Cuti semester bermula. Kerisauan dalam diri memuncak-muncak.Persoalan Istiqamahkah aku masa cuti dalam keadaan sahabat-sahabat seperjuangan tiada di depan mata, berjauhan dengan keluarga dan bermacam-macam lagi menguji keimanan dan tahap istiqamah yang bertahta pada diri. Huh, kupastikan senarai tugasan dan manual tarbiyah sentiasa dalam pengawalanku. Aku sangat yakin dan percaya dalam keadaan apa sekalipun, kuharus harungi apapun cabaran dengan semangat yang kental dan kuambil juga semangat melalui ibubapaku yang sangat-sangat memahami dan mengerti kondisiku yang inginkan pengisian rohani dan jasmani yang seimbang dalam kuredahi kehidupan kian mencabar kini. Teringat aku pada kata-kata emakku" cuti ni ada ape2 program ke??kalu ada takpelah, teruskan, tapi jaga diri kat bandar 2..Raya Haji jangan lupe balik..".Aku senyum je..dalam hati amat bersyukur mempunyai seorang ibu yang sangat prihatin dan penyayang. Setiap minggu tidak kulupakan menelefon keluargaku untuk bertanyakan khabaran mereka.
Berbalik kepada Istiqamah tadi, aku sangat terkesan dengan firman Allah yang bermaksud: "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (surah Yusuf, 12:87). Kuyakini bahawa disebalik kepayahan akan munculnya kemanisan yang sangat indah. Ayuh kita sama-sama teruskan istiqamah dalam apa sahaja pengamalan yang positif dan memberi manfaat pada diri dan orang lain juga. Insya Allah mudah-mudahan diberkati dan diredhai.Wallau'alam.
Posted by halawatulnasirah at 8:47 PM 0 comments